Tuesday, August 31, 2010

HaDiAh HaRi JuMaaT...

Assalamualaikum ....

Inginku kongsi satu kisah...
sbagai peringtan dan teguran untk diri dan semua di luar sana...
selamat membaca !!!

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.

Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.

" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.

"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

andai sayang masih berbaki...
luangkanlah masa walau sesaat..
hadiahkanlah ayat2 al-Quran buat ahli keluarga, rakan2 ,guru2 serta muslimin muslimat yg telah meninggal dunia...
andai surah yasin xsempat dibaca, cukuplah sekadar al-fatihah sbg hadiah...

Sunday, August 29, 2010

~ASSALAMUALAIKUM~

Hari ni ana just nak kongsi satu sajak yang ana reka satu masa dulu....
mungkin lebih pd kata hati ana
bla ana melihat remaja diluar sana, inilah yg ingin ana katakan....

DUHAI SYABAB

Duhai syabab harapan ummah
ayuh bangkit dengan gagah
jangan dikisah tohmah dan mehnah
gagahlah berdiri tegakkan sunnah

Duhai syabab berjiwa mujahid
ayuhlah bersama menuju syahid
perjuangan itu memanglah pahit
kerna ganjarannya adalah yang terbaik

Duhai syabab berhati mulia
bijaklah menilai permata berharga
jangan kerna fitnah wanita
kau kecundang entah kemana

Duhai syabab akhir zaman
usah diberi pelbagai alasan
untuk turun bersama berjuang
kerna itu tanggungjawab kalian

Duhai syabab permata ayahda bonda
jangan diagung fatamorgana dunia
dibimbangi hati dicaliti dosa
nescaya taubat lebih utama

Duhai syabab generasi terkini
usah hidup tanpa erti
pasti nanti engkau menyesali
kenangkan hidup yang tidak berstrategi

Duhai syabab bangkitlah segera
usah dilengah-lengahkan masa
jangan diragui janji pencipta
kerna dunia perlukan anda....







Thursday, August 26, 2010

AnTaRa DuA

السلام عليكم.......salam penghulu segala hari,

Alhamdulillah...hari ini 17 Ramadhan 1431 H...aku masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk berada didalam bulan Ramadhan yg penuh barakah ini...minggu leps aku mndpt berita kematian moyang aku yang aku panggil "tok"...tapi disebabkn mushaqh trtentu aku tidak dpt pulang ke kampung....hanya doa yg mampu aku titipkan...smoga roh arwah akan ditempatkn brsama org2 yg beriman...aminn...

kdgkala aku trfikir sndri, berita2 kematian sebegini membuat aku kmbali memuhasabah diri...membuat aku terfikir bhwa manusia i2 boleh prgi bila2 masa shja...kita yg hidup senang lenang pd hari ini belum tntu mampu melakukan prkara yg sama pd esok hari...kita yg sedg bergelak ketawa pd hari ini belum tntu mampu ketawa lg pd esok hari, kita yg punya ibu bapa pd hari ini kemungkinan akan mnjdi anak yatim pd esok hari...inilah fitrah kejadian manusia....kita dicipta, diberi kesempatan hidup dan kemudian dimatikan semula....

disinilah kehidupn sbenr kita bermula...hanya dua destinasi yg menunggu kita...neraka atau syurga...setiap amalan kita didunia kembali ditayang satu persatu umpama slide di skin besar...satu persatu keaiban kita dibuka dihadapan semua makhluk..masyaAllah.. malunya tidak terhingga....ketika ini, segala taubat sudah xditerima....

Oleh itu, dikesempatan yg ada ini, pd ketika nyawa masih diberi pinjam kpd kita...marilah sama2 kita berdoa.. moga2 sgala dosa kita diampunkn oleh Allah s.w.t...moga keaiban kita ditutup serapat-rapatnya...dan moga2 destinasi terakhir kita ialah syurga yang kekal abadi...amin ya Rabbal a'lamin...

walau diri dipenuhi dosa, walau hati seringkali lalai dr mengingati-Nya,walau kekurangan melebihi kelebihan, kumohon agar penulisan ini mampu mnyentuh hati 2 diluar sana....
sekadar muhasah diri......