Friday, August 3, 2012

NiQaB ???


Salam Ramadhan…



Hari2 yang kulalui berlalu sebagaimana hari-hari biasa…Namun, kebelakangan ini acapkali aku diutarakan dengan persoalan2 yang sama, tapi dari individu2 yang berbeza...


"Persoalan PURDAH @ NIQAB"


Hmm mungkin kerana sudah ada beberapa muslimat yang berniqab di kampus,  membuatkan muslimat yang mempunyai keinginan @ memendam rasa untuk berniqab sebelum ini termotivasi untuk berniqab…



Betapa aku kagum dengan mereka, fatayat2 yang berpendirian dan berani berniqab di kampus walaupun pada hakikatnya berniqab adalah tidak dibenarkan semasa belajar di sini…



Namun, apa yang membimbangkan aku, sudah ada tunas2 yang fenomena niqab itu bakal tercetus…aku tidak pernah menghalang niat baik mereka untuk berniqab, kerana semestinya yang bertutup itu lebih baik. Malah, aku sendiri pernah disarankan agar berniqab. Namun, aku punya pendirian dan pandangan yang tersendiri…dan aku tidak meminta agar mereka bersetuju denganku, namun cukuplah sekadar menghormati pendirian aku



 Namun apa yang menggusarkan hatiku ialah niat mereka untuk berniqab
Apakah semata-mata kerana Allah?
@
Apakah kerana lelaki?
@
Apakah kerana ingin dipuji?
@
Apakah sekadar ingin dilihat sebagai wanita solehah?
@
Apakah sekadar taklid semata-mata?



Aku akui urusan hati itu adalah urusan Allah, siapalah aku untuk mempertikaikannya, namun padaku jika ingin beribadah maka biarlah qasad kita, niat kita hanya semata-mata kerana Allah, barulah amalan kita menjadi ibadah



Duhai muslimah, mahu menjadi baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih baik. Walau begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar melihat perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf." First important priority"..kita pernah sama2 belajar bukan…isu niqab ini penting, namun 
ketahuilah bahawa ada isu yang lebih penting untuk kita fokuskan.



Lihatlah solat lima waktu kita. Suruhan wajib keatas kita. Hukum yang bersifat qoti'e…
tidak akan pernah berubah kewajiban untuk melaksanakan solat 5 waktu hingga tibanya hari kiamat.. Apakah kita telah berusaha mendirikannya diawal waktu? Apakah terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba kita hayati supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu telah difahami maknanya? Dan apakah solat itu mampu membuatkan diri kita lebih dekat dengan Allah (taqarrub ilAllah). Berbanding dengan isu niqab yang merupakan isu khilaf, hukumnya bersifat dhanni, 
 yang bisa berubah sesuai dengan waqi', keadaan dan situasi tertentu.



…Namun…
Buat sahabat yang ingin memulakan hijrah untuk berniqab, aku berbangga denganmu wahai muslimah solehah. Namun, sedikit pesananku buat kalian, ingatlah apabila kita telah berkeputusan untuk berniqab, jangan pernah bermain-main, ISTIQAMAH itu penting. Dan realiti yang perlu kita terima ialah masyarakat mempunyai HIGH EXPECTATION terhadap muslimah yang berniqab. Kesalahan yang kita lakukan seandainya dilakukan oleh gadis biasa dilihat kecil, namun jika dilakukan oleh gadis berniqab akan dianggap luar biasa…suatu realiti yang semestinya memerlukan persediaan rapi..walaupun semua sedia maklum bahawa fitrah manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan. Bukanlah niatku untuk menakut2kan kalian, jauh sekali untuk mencantas niat kalian untuk berniqab. Namun pesan ini dari seorang sahabat untuk sahabat2nya…ketahuilah bahawa aku senantiasa menyokong kalian.



Sahabat, apabila berniqab akhlak mestilah dijaga kerna akhlak itu buah amal dan iman. Jangan sesekali biarkan akhlak kita (I mean akhlak buruk) menjadi fitnah kepada niqab yang kita pakai. Kerna tempiasnya akan terkena kepada mereka2 yang juga berniqab, yang berpakaian mengikut syariat. Oleh itu, sarunglah niqab itu kewajahmu dengan ilmu, iman dan amal, maka ia akan mendorongmu kearah yang lebih baik, kerna kau senantiasa mengerti matlamatmu hanya semata2 untuk mencapai "MARDHATILLAH".



"Ya Allah jadikanlah kami wanita solehah, wanita penghuni syurga, yang bisa menjadi sayap kiri dalam perjuangan Islam, jangan pernah kau jadikan kami penghalang kepada kemenangan Islam, jadikan kami sebagaimana Aisyah r.a, Asma Abu Bakar, Sumaiyyah, Nusaibah serta serikandi2 kebanggan Islam…tetapkan hati dan cinta kami semata-mata untukMu ya Rabbi"

HaRaPan SeoRaNg HamBa


Assalamua'laikum w.b.t

Lama rasanya blog ini dibiarkan menyepi, sudah bersawang barangkali, tanpa sebarang post…tiada sentuhan…hmm..terasa kaku untuk menulis semula sebagaimana kakunya hati ini….ya Allah berikan aku kekuatan untuk terus-terusan mengingatiMu, mencintaiMu, mentaatiMu dan mensyukuriMu….


Kebelakangan ini,bukan tiada niat untuk menulis..tapiii gejolak dalam hati ya Allah hanya engkau yang tahu.. rasa dibelenggu..takut untuk menulis..takut untuk menyampaikan…takut untuk menyeru…ya Allah betapa aku takut untuk menyampaikan sesuatu yang tidak aku lakukan, betapa aku gentar untuk mencegah sesuatu yang juga aku lakukan…dosa2ku membelit lisanku untuk untuk menyeru, dosa2ku merantai jari-jemariku untuk memberi pesanan..ya Allah betapa kosongnya hati ini, betapa jauhnya aku darimu  ='(…betapa aku mengharapkan pengisian rohani…pengisian yg mampu membangkitkan ruh jihadku


Betapa aku merindukan saat itu, saat Engkau lebih kurindui dari sekalian makhluk…aku masih mencari perasaan itu, rasa itu….saat Kau kurasakan begitu hampir denganku ya Allah..saat aku merasa bahagia mengadu padaMu, saat aku merasa dekat denganMu, saat air mataku hanya untukMu..saat aku tenggelam dalam cintaMu...saat bangun malam itu menjadi detik yang aku nanti…


Namun, mengapa terasa begitu sukar untuk mengembalikan perasaan itu…mengapa cintamu semakin sukar untuk kuraih…?? ='(


Teringat aku pada bait2 lagu "taubat seorang hamba"..terasa kena pada masa, diri dan situasi tatkala ini

Hati hitam menegenangkan dosa2 yang kulakukan
 Oh tuhan maha kuasa terima taubat hamba berdosa 
Ku akui kelemahan diri
Kuinsafi kekurangan ini
Kukesali kejahilan ini
Terimalah2x taubatku ini
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan menuju redhamu ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri
Kuinsafi kekurangan ini
Kukesali kejahilan ini
Terimalah2x taubatku ini
Dihamparan ini ku meminta moga taubatku diterima
Ku akui kelemahan diri
Kuinsafi kekurangan ini
Kukesali kejahilan ini
Terimalah2x taubatku ini

"Ya Allah betapa aku mengharap agar tarbiyah Ramadhan ini akan lebih mendekatkan aku padaMu…mengembalikan cintaku padaMu…mengembalikan rinduku padaMu…Terimalah aku ya Allah, terimalah ibadahku ya Allah, terimalah taubatku ya Allah…terimalah hambaMu yang hina ini"

Nikmat Sihat Itu


Aslmkm w.b.t

Alhamdulillah,  betapa aku bersyukur atas nikmat kesihatan yang tidak ternilai ini. Benarlah kata-kata yang selalu didengar. Kita ini selalu benar mengerti betapa sesuatu itu amat bernilai setelah kita kehilangannya. Jarang sekali kita menghargai sesuatu yang kita ada. Begitu juga aku, ianya samasekali tidak berkaitan dengan manusia, Cuma terasa betapa bernilainya nikmat sihat itu setelah diuji dengan kesakitan. Bukan teruk sangat pun, tapi 3 hari terlantar diatas katil dan hampir seminggu diuji dengan demam membuatkan aku mengerti betapa kerdilnya aku. Betapa selama ini, hidupku dengan belas kasihan Allah semata-mata. Ditarik sedikit nikmat yang satu itu, aku sudah tidak berupaya. Allahuakhbar, aku menyakini keagunganMu ya Allah, Tuhan pencipta sekalian makhluk.


Ketika solat tidak mampu didirikan dengan sempurna, lantaran kaki yang tak mampu berdiri dan bertahan lama, ketika makanan tak mampu ditelan lantaran sakit tekak yang teramat, ketikamana batok yang tidak henti-henti menganggu masa tidur. Betapa aku mengharapkan agar nikmat sihat itu dikembalikan padaku. Biarpun sekejap cuma, aku ingin sihat kembali, doaku sentiasa.


Namun, kesakitan ini memberi aku 1001 ibrah. Walaupun kadangkala hati dihasuti dengan bisikan syaitan laknatullah sehingga aku mengira2 siapa sahabat2 yang mengambil berat akan diriku dan siapa yang berada denganku hanya pada waktu senangku. Astaghfirullahala'zim, cukup halus jarum Iblis durjana. Sedangkan seharusnya aku berhusnuzhon dengan sahabat2 seperjuanganku. Barangkali ada yang tidak mengetahui perihal kesihatanku, barangkali ada yang sedang mengalami musibah sebagaimana diriku, dan barangkali ada yang sedang sibuk bersengkang mata membanting tulang bergerak kerja untuk Islam tercinta. Malah, mungkin aku juga tidak mengambil berat perihal sakit atau sihatnya sahabat2ku, jadi ini mungkin wasilah untuk menyedarkan aku. Maka sakit ini aku terima dengan redha.


Benarlah kita hidup ini hanya dengan rasa belas Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Bagaimana mungkin kita bermegah diri dengan apa yang kita miliki. Yang kaya- raya, hartawan,jutawan andai Allah berkehendak boleh saja jatuh miskin pada bila-bila masa, yang sihat boleh saja jatuh sakit dan mati tiba-tiba. Semuanya atas kehendak Allah s.w.t. kita miliknya tiada hak untuk mempertikai apatah lagi melawan Iradahnya.


Oleh itu, hairan sekali masih ada yang tidak beryukur dengan menggunakan nikmat kurniaanNya sesuka hati. Apakah mereka kira nikmat sihat, nikmat kaya, nikmat cantik itu milik mereka? Barang yang dipinjam seharusnya dijaga dengan penuh adab sebagai seorang peminjam bukan? Harta melimpah-ruah yang kau miliki itu milik Allah, maka keluarkanlah zakat sebagaimana yang diperintahkannya, kecantikanMu itu pinjaman Allah, maka tutupilah auratmu sebagaimana yang telah ditetapkanNya, sihatMu itu atas ehsan Allah, maka berjuanglah diatas jalanNya, serulah manusia kearah kebaikan dan cegahlah manusia dari melakukan kemungkaran. 

Akhir kata :
                  "Ayuh menjadi hamba bersyukur"


* wlupun entri ni brhenti scr mengejut (sbb xtau dh nk susun kata mcm mana huhu), hope kita sama2 dpt ambil ibrah ...(^_^)