Wednesday, October 19, 2011

~BiLa HaTi MaHu BeRciNtA~

Alhamdulillah, ana baru saja balik daripada satu program anjuran ahlijawatankuasa masjid dibawah biro kerohanian dan moral, JPP yang kebanyakannya dipelopori oleh adik-adik junior Pendidikan Islam…best sangat…memang respect lah kat diorang, tahniah diucapkan, Ahsantum…

Berikut merupakan butiran mengenai program tadi :

Ø  Tarikh : 19 Oktober 2011
Ø  Penceramah : Ustaz Ubaidillah bin Alias
Ø  Tajuk : Bila Hati Mahu Bercinta
Ø  Tempat : Dewan Wawasan
Ø  Sasaran : Warga asrama (muslimin dan muslimat) IPGKKB

Program ini dianjurkan khas buat mereka yang pernah dilamun cinta, buat mereka yang sedang dilamun cinta, buat mereka yang mencari cinta dan, buat mereka yang mengimpikan cinta…kesimpulannya, program ini untuk semua..(^_^)

Pada ana, program-program sebegini sangat penting untuk memberi kefahaman dan penjelasan sebenar kepada para remaja tentang kalimah penuh hikmat ini, iaitu "CINTA". Buktinya, word CINTA itu saja sudah menggentarkan hati para remaja IPGKKB yang pastinya menjadi faktor utama penuhnya Dewan Wawasan pada malam ini, Alhamdulillah…

Ikhwan dan akhwat yang ana kasihi sekalian,

Cinta itu fitrah bukan? Dan Islam pastinya tidak pernah melarang atau menyekat naluri dan  fitrah manusia untuk bercinta. Bahkan, indahnya Islam diberi pula panduan kepada kita untuk memandu fitrah ini diatas landasan yang betul dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Menurut Ustaz Ubaidillah selaku penceramah jemputan pada malam ini, yang juga dikenali sebagai "ustaz cinta", terdapat tiga asas dalam sebuah percintaan. Kata beliau, cinta itu perlukan visi, dan visi dalam sesebuah percintaan ialah SYURGA, dipandu pula oleh IMAN yang menjadi energy atau tenaga untuk seseorang itu melaksanakan tuntutan-tuntutan dalam percintaannya. Dan terakhir ialah melalui salam iaitu sebagai syariat untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan diakhirat.
 
Seterusnya beliau menjelaskan tiga bentuk perhubungan yang direstui atau dibenarkan oleh syariat Islam iaitu :

Ø  HUBUNGAN DENGAN AGAMA (ALLAH DAN RASUL)

CINTA KEPADA ALLAH

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia ialah cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan mencintai Allah. Cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan keimanan yang mantap. 

FIRMAN ALLAH S.W.T :
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah”
(Surah Al-Baqarah : 165)


CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan Rasulullah s.a.w yang memandu manusia daripada kegelapan kepada cahaya kebenaran.
Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim untuk menyalurkan kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w iaitu dengan mengikut sunnah baginda tidak kira samada dari segi perbuatan, perkataan mahupun pengakuan baginda s.a.w.

Jika kita menyoroti sirah kehidupan baginda dan para sahabat, Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)


Ø  HUBUNGAN DENGAN KELUARGA DAN SAUDARA SEAKIDAH

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat keimanan seseorang. Sebagaimana yang terkandung dalam hadis baginda s.a.w :

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسْ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى  اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه
[رواه البخاري ومسلم]

Maksudnya :
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
http://www.yadim.com.my/Images/spacer.gif

Antara lain yang menarik minat ana ialah kisah yang diceritakan oleh ustaz Ubaidillah mengenai kisah percintaan seorang sufi  bagi menjawab persoalan salah seorang pelajar yang berbunyi "adakah boleh mencintai seseorang dalam diam?"

Kisah ini menceritakan bagaimana seorang sufi yang telah jatuh cinta pada seorang gadis. Namun, tidak pernah disuarakan atau dinyatakan kepada gadis tersebut, HANYA CINTA DALAM DIAM…Namun, setelah beberapa lama si gadis akhirnya telah dilamar oleh seorang pemuda lain, dan ketika dalam tempoh tersebut, gadis yang juga mencintai pemuda sufi tersebut (juga dalam diam) mengetahui cinta si pemuda sufi  terhadapnya. Lalu, dia mengutus surat kepada ahli sufi tersebut agar datang melamarnya. Namun, jawapan daripada pemuda tersebut ialah "aku tidak akan meminang diatas pinangan saudaraku". Pengakhirannya, si gadis akhirnya telah meninggal dunia tanpa menerima lamaran mana-mana lelaki. Setelah beberapa lama kematian si gadis, pemuda sufi tersebut telah bermimpi bertemu dengan dengannya didalam syurga, lalu dia berkata, "tunggulah aku akan menyusulmu"..tidak lama kemudian pemuda sufi itu pun meninggal dunia dan disatukan dengan gadis tersebut didalam syurga...



Sahabat,

Lihatlah dan renungkanlah…cinta itu tidak semestinya memiliki. berdoalah agar dia yang kau cintai itu jodohmu, namun Andai dia bukanlah ditakdirkan untukmu, tenanglah duhai hati…dan yakinlah bahawa Allah akan mengurniakan insan yang lebih baik kepadamu, namun andai itu tidak terjadi, yakinlah bahawa cintamu menunggu di syurga…jangan pernah kecewa, jangan pernah berkeluh kesah, tiba saatnya, cintamu pasti akan hadir..




Seterusnya, ana teringat soalan yang dikemukakan oleh ayah Hir (junior ana) berbunyi begini (kalau xsilap ana) "adakah kita perlu menjadi baik untuk mendapat pasangan yang terbaik?"

Jawapan ustaz Ubaidillah  :

 Merujuk kepada firman Allah s.w.t yang berbunyi :

àM»sWÎ7sƒø:$# tûüÏWÎ7yù=Ï9 šcqèWÎ7yø9$#ur ÏM»sWÎ7yù=Ï9 ( àM»t6Íh©Ü9$#ur tûüÎ6Íh©Ü=Ï9 tbqç7ÍhŠ©Ü9$#ur ÏM»t6Íh©Ü=Ï9 4 y7Í´¯»s9'ré& šcrâ䧎y9ãB $£JÏB tbqä9qà)tƒ ( Nßgs9 ×otÏÿøó¨B ×-øÍur ÒOƒÌŸ2 ÇËÏÈ  

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga).

Namun, ini x menjamin bahawa seseorang individu yang baik atau soleh itu juga akan mendapat pasangan yang juga solehah di dunia, Namun fitrahnya, lelaki yang baik pastinya akan mencari wanita yang baik untuk dijadikan isteri,  dan begitu juga dengan kaum hawa, wanita yang solehah pastinya akan mencari lelaki yang soleh untuk dijadikan suami. Tapi x dapat dinafikan bahawa ada juga individu yang memilih pasangan yang "biasa2" untuk membawa mereka lebih dekat dengan Allah @ kata mudahnya ingin "berdakwah". Namun  ada juga yang yang mendapat pasangan yang berbeda fikrahnya. Usah bersedih duhai insan terpilih…walau apapun yang berlaku redhalah dengan ketetapan Allah. Kadangkala Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kita terhadap-Nya sebagaimana firmannya dalam surah al-Ankabut ayat 2 :

|=Å¡ymr& â¨$¨Z9$# br& (#þqä.uŽøIムbr& (#þqä9qà)tƒ $¨YtB#uä öNèdur Ÿw tbqãZtFøÿムÇËÈ  

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Sahabat yang disayangi,

 Jangan pernah kecewa seandainya kita diuji dalam lingkungan ini, yakni mendapat pasangan yang "kurang kesolehannya"  kerna boleh jadi Allah telah menyediakan pasangan yang lebih baik untuk kita di syurga sana. Sebagaimana kisah nabi Nuh dan nabi Luth yang beristerikan wanita yang menderhakai Allah S.W.T sehinggakan ditempelak di dalam al-Quran. Oleh itu, kita harus sedar bahawa kita hanya mampu merancang, namun ingatlah bahawa Allah itu adalah sebaik-baik perancang.

Ikhwan dan akhwat fillah,

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 216 :

|=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãA$tFÉ)ø9$# uqèdur ×nöä. öNä3©9 ( #Ó|¤tãur br& (#qèdtõ3s? $\«øx© uqèdur ׎öyz öNà6©9 ( #Ó|¤tãur br& (#q6Åsè? $\«øx© uqèdur @ŽŸ° öNä3©9 3 ª!$#ur ãNn=÷ètƒ óOçFRr&ur Ÿw šcqßJn=÷ès? ÇËÊÏÈ  

Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Memetik terjemahan ayat ini, boleh jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Sahabat, yakinlah bahawa Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi Dia memberi apa yang kita perlu. Bukankah keperluan itu lebih baik daripada kemahuan? Kemahuan manusia tiada batasnya, setelah satu dipenuhi kemahuan lain pasti akan menyusul. Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Maka terimalah dengan redha..kerana apa? Kerana kita HANYALAH SEORANG HAMBA.

 PESANAN (^^,)

                       "Pilihlah ibu atau ayah untuk anak-anak mu, bukan isteri atau suami untuk dirimu"




Tertarik dengan sebuah syair Arab yang tertulis dalam pamplet program ni :

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”



*belum habis cita lagi, badan dah penat, mata dah layu,stop dulu, I'allah ana akan update lagi di lain masa..(^_^) 

Friday, October 7, 2011

MuNcuLnYa peLaNgi PaStiNyA SeTeLah HuJaN



Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah



KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : 216)



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : 286)


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran : 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,
di medan perjuangan) & bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran : 200)



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."(Surah At-Taubah : 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf : 12)

I said to Allah : "I hate life"
Allah replied :"Who asked you to love life..??
Just love me and life will be beautiful ♥


PERKONGSIAN INI MERUPAKAN HASIL PENULISAN UKHTI IZYAN AL-MUNAWWARAH DARI BLOG "ALLAH SEEKER". DISINI ANA LAMPIRKAN LINK BELIAU : 
http://allahseeker.blogspot.com

Sunday, October 2, 2011

KeMbaLiLaH kpd TuHaNmU & UcaPkaNLaH aLhaMduLiLlaH

Aslmkm,
Kutujukan entri ringkas ini kpd semua yg diuji , teruji atau dalam keterujian..(^_^)


sahabat yang ana kasihi,


pernahkah kalian diuji??
tidak logik rasanya soalan ini diutarakan
kerna  jawapannya pasti "pernah" bukan?
persamaan kita semua adalah kita pernah diuji, tapi perbezaannya, bagaimana penerimaan ketika kita diuji..
Entri ini ana tulis agar ianya dapat menjadi peringatan kpd diri ana sendiri khususnya, dan sekadar perkongsian dengan antum antunna umumnya..
sekdar pandangan ana sbg seorang hamba yang terlalu jahil..yang baik jadikanlah pengajaran, yang buruk jadikanlah sempadan..i'Allah



Sahabat,
Dugaan dan ujian itu merupakan sunnatullah terhadap hambanya. Ujian itu tanda kasihNya, tetapi berapa ramai antara kita mengucapkan syukur tatkala ujian dan musibah menimpa diri ??? kebiasaannya, kita senang untuk mengucap syukur apabila menerima kesenangan tetapi sedikit sekali yang menadah tangan berterima kasih kepada Allah s.w.t  apabila ditimpa musibah. Namun,xkurang juga yang berburuk sangka terhadap Allah lantaran jahilnya diri + lemahnya iman... nau'zubillah..



Sebagaimana firman Allah s.w.t didalam surah al-Hajj ayat 11 :
zومن الناس من يعبد الله على حرف فان اصابه خير اطمئن به وان اصابته فتنة انقلب على وجهه خسر الدنيا والاخرة ذلك هو الخسران المبين 

11. Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi,Maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam Keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat, yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.


astaghfirullahala'zim, wa nau'zubillahimizalik..

Sahabat,
Ayuhlah sama2 kita perbaiki diri, mana yang salah kita perbaiki, mana yang kurang kita sama2 top-up..berhusnuzhonlah (berbaik sangka) terhadap Allah, ujian itu tanda kasihnya. Kadang-kadang Allah datangkan ujian untuk menyedarkan kita dari kelalaian, dari kealpaan. kalau dulu para sahabat akan menangis tatkala tidak ditimpa ujian kerana takut kiranya Allah tidak mengingati dan menyayangi mereka. Mereka merintih dan merayu agar ditimpakan ujian, subhanallah !! persoalannya, bagaimna pula dengan kita?

Samada kita sedar atau tidak, ujian merupakan kayu ukur tahap keimanan kita iaitu sebagai seorang hamba kpd yg Maha Berkuasa. Sebagai analoginya, jika disekolah kita diuji dengan peperiksaan bulanan, akhir tahun dan peperiksaan besar seperti PMR, SPM, STAM dan STPM yang pastinya bertujuan untuk menguji tahap kefahaman  dan penguasaan kita terhadap sesuatu matapelajaran, begitulah jua dengan ujian yang didatangkan oleh Allah s.w.t. tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk menguji tahap keimanan hamba-hambanya..siapa antara hamba2nya yang benar2 beriman, siapa pula hamba2nya yang berdusta..

Allah s.w.t berfirman :

|=Å¡ymr& â¨$¨Z9$# br& (#þqä.uŽøIムbr& (#þqä9qà)tƒ $¨YtB#uä öNèdur Ÿw tbqãZtFøÿムÇËÈ   ôs)s9ur $¨ZtFsù tûïÏ%©!$# `ÏB öNÎgÎ=ö6s% ( £`yJn=÷èun=sù ª!$# šúïÏ%©!$# (#qè%y|¹ £`yJn=÷èus9ur tûüÎ/É»s3ø9$# ÇÌÈ    

2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? 3. Dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Sahabat,
Marilah sama2 kita merenung kedalam diri kita sedalam2nya, dimana tahap kita…kadangkala tanpa kita sedari kita mengungkit kebaikan2 yang kita lakukan, kadangkala terkeluar dari mulut kita keluhan seperti :
"Ya Allah mengapa kau timpakan aku ujian sebegini sedangkan aku telah banyak bekorban demi agamamu"
kita seringkali memandang remeh kata2 sebegini, tapi lupakah kita pada peribahasa Melayu "kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa".Tahukah kita, dengan kata2 yang diluar sedar kita tu, tanpa kita sedari kita telah mempersoalkan ketetapan Allah…kita memandang serong terhadap ujian yang didatangkan, seolah2 kita tidak redho dengan ujian yang ditimpakan terhadap kita..wanau'zubillah :'(


Sahabat,
Disini ana ingin bawa satu kisah berkenaan Rabiatul adawiyah dengan seorang lelaki. Mungkin ramai yang telah tahu, tapi xsalah kiranya ana ingatkan, manusia itu sifatnya pelupa sebagaimana panggilan kpd manusia itu sendiri "manusia: yang berasal drp perkataan bhs arab "نسي" yang bermaksud lupa. Sambung mula cita deh (xpasti bhs qlate ke ganu nih ^_^ ).. Kisah ini bermula apabila Rabiatul Adawiyah bertemu dengan seseorang yang kepalanya dibalut, maka berlakulah dialog seperti berikut :

Rabiatul Adawiyah : mengapa engkau membalut kepalamu?


Lelaki : kerana aku merasa pening


Rabiatul Adawiyah : selama 30 tahun engkau menikmati hidup yang sihat, engkau tidak pernah mengenakan selubung kesyukuran, tetapi baru malam ini sahaja kepalamu terasa sakit, engkau telah mengenakan selubung keluh kesah".


Ya Allah, betapa aku rasa ditempelak dengan kata2 ini. Hakikatnya, inilah kebiasaan yang kita lakukan, sedar atau tidak, saat diuji dengan sedikit kesakitan, kita mengeluh dan mengadu pada manusia, tidak cukup dengan itu, dibalut dan ditampal pelbagai ubat dikepala, tangan, kaki dan sebagainya, andai seluruh anggota yang sakit pasti dibalut keseluruhannya...astaghfirullahal'azim...Bahkan, ada pula yang suka upload gambar2 di facebook, meminta ehsan barangkali...kesannya..satu dunia tahu BELIAU ITU sakit...

Namun sahabat, pernahkah kita terfikir hikmah disebalik ujian yang didatangkan?…suatu ketika dahulu kita pernah meminta kepada Allah untuk menjadi seorang yang tabah, seorang yang sabar, seorang yang bijak dan berjaya didalam pelajaran…kemudian Allah datangkan ujian kepada kita..disebalik ujian itu kita mampu menjadi seorang yang tabah dalam menghadapi ujian, disebalik ujian itu kita belajar untuk bersabar, disebalik ujian itu juga kita mulai bijak mengawal emosi, bijak menyusun strategi supaya kita tidak tewas untuk kali yang kedua…betapa sayangnya Allah pada kita..Diturunkannya hujan untuk memberi kita pelangi…


Fikir2kanlah...(**,)




*** bukan xboleh nk berbalut luka dan sebagainya, tp berpada2lah dan jgn berlebih-lebihan (over) cuma pesan ana jgn smpai kita memperlihatkan seolah2 Allah berbuat zalim trhdp kita...




Disini ana lampirkan sebuah lagu yang bertajuk "Rahmat Ujian" dendangan kumpulan nasyid Mestika. Ana suka lirik lagu nie, cukup bermakna...Ana tujukan lagu nie buat semua yang membaca entri ini...(^^,) 
                                                                         
                                                                      
<RAHMAT UJIAN : MESTIKA>

Dalam derita ada bahgia, dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar, tapi hatilah yang remuk menderita

Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran

Segala takdir terimalah dengan hati terbuka

Walau tersiksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma

Itu jelas membuktikan Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan sedangkan ramai yang terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya

Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu