Friday, August 3, 2012

NiQaB ???


Salam Ramadhan…



Hari2 yang kulalui berlalu sebagaimana hari-hari biasa…Namun, kebelakangan ini acapkali aku diutarakan dengan persoalan2 yang sama, tapi dari individu2 yang berbeza...


"Persoalan PURDAH @ NIQAB"


Hmm mungkin kerana sudah ada beberapa muslimat yang berniqab di kampus,  membuatkan muslimat yang mempunyai keinginan @ memendam rasa untuk berniqab sebelum ini termotivasi untuk berniqab…



Betapa aku kagum dengan mereka, fatayat2 yang berpendirian dan berani berniqab di kampus walaupun pada hakikatnya berniqab adalah tidak dibenarkan semasa belajar di sini…



Namun, apa yang membimbangkan aku, sudah ada tunas2 yang fenomena niqab itu bakal tercetus…aku tidak pernah menghalang niat baik mereka untuk berniqab, kerana semestinya yang bertutup itu lebih baik. Malah, aku sendiri pernah disarankan agar berniqab. Namun, aku punya pendirian dan pandangan yang tersendiri…dan aku tidak meminta agar mereka bersetuju denganku, namun cukuplah sekadar menghormati pendirian aku



 Namun apa yang menggusarkan hatiku ialah niat mereka untuk berniqab
Apakah semata-mata kerana Allah?
@
Apakah kerana lelaki?
@
Apakah kerana ingin dipuji?
@
Apakah sekadar ingin dilihat sebagai wanita solehah?
@
Apakah sekadar taklid semata-mata?



Aku akui urusan hati itu adalah urusan Allah, siapalah aku untuk mempertikaikannya, namun padaku jika ingin beribadah maka biarlah qasad kita, niat kita hanya semata-mata kerana Allah, barulah amalan kita menjadi ibadah



Duhai muslimah, mahu menjadi baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih baik. Walau begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar melihat perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf." First important priority"..kita pernah sama2 belajar bukan…isu niqab ini penting, namun 
ketahuilah bahawa ada isu yang lebih penting untuk kita fokuskan.



Lihatlah solat lima waktu kita. Suruhan wajib keatas kita. Hukum yang bersifat qoti'e…
tidak akan pernah berubah kewajiban untuk melaksanakan solat 5 waktu hingga tibanya hari kiamat.. Apakah kita telah berusaha mendirikannya diawal waktu? Apakah terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba kita hayati supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu telah difahami maknanya? Dan apakah solat itu mampu membuatkan diri kita lebih dekat dengan Allah (taqarrub ilAllah). Berbanding dengan isu niqab yang merupakan isu khilaf, hukumnya bersifat dhanni, 
 yang bisa berubah sesuai dengan waqi', keadaan dan situasi tertentu.



…Namun…
Buat sahabat yang ingin memulakan hijrah untuk berniqab, aku berbangga denganmu wahai muslimah solehah. Namun, sedikit pesananku buat kalian, ingatlah apabila kita telah berkeputusan untuk berniqab, jangan pernah bermain-main, ISTIQAMAH itu penting. Dan realiti yang perlu kita terima ialah masyarakat mempunyai HIGH EXPECTATION terhadap muslimah yang berniqab. Kesalahan yang kita lakukan seandainya dilakukan oleh gadis biasa dilihat kecil, namun jika dilakukan oleh gadis berniqab akan dianggap luar biasa…suatu realiti yang semestinya memerlukan persediaan rapi..walaupun semua sedia maklum bahawa fitrah manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan. Bukanlah niatku untuk menakut2kan kalian, jauh sekali untuk mencantas niat kalian untuk berniqab. Namun pesan ini dari seorang sahabat untuk sahabat2nya…ketahuilah bahawa aku senantiasa menyokong kalian.



Sahabat, apabila berniqab akhlak mestilah dijaga kerna akhlak itu buah amal dan iman. Jangan sesekali biarkan akhlak kita (I mean akhlak buruk) menjadi fitnah kepada niqab yang kita pakai. Kerna tempiasnya akan terkena kepada mereka2 yang juga berniqab, yang berpakaian mengikut syariat. Oleh itu, sarunglah niqab itu kewajahmu dengan ilmu, iman dan amal, maka ia akan mendorongmu kearah yang lebih baik, kerna kau senantiasa mengerti matlamatmu hanya semata2 untuk mencapai "MARDHATILLAH".



"Ya Allah jadikanlah kami wanita solehah, wanita penghuni syurga, yang bisa menjadi sayap kiri dalam perjuangan Islam, jangan pernah kau jadikan kami penghalang kepada kemenangan Islam, jadikan kami sebagaimana Aisyah r.a, Asma Abu Bakar, Sumaiyyah, Nusaibah serta serikandi2 kebanggan Islam…tetapkan hati dan cinta kami semata-mata untukMu ya Rabbi"

HaRaPan SeoRaNg HamBa


Assalamua'laikum w.b.t

Lama rasanya blog ini dibiarkan menyepi, sudah bersawang barangkali, tanpa sebarang post…tiada sentuhan…hmm..terasa kaku untuk menulis semula sebagaimana kakunya hati ini….ya Allah berikan aku kekuatan untuk terus-terusan mengingatiMu, mencintaiMu, mentaatiMu dan mensyukuriMu….


Kebelakangan ini,bukan tiada niat untuk menulis..tapiii gejolak dalam hati ya Allah hanya engkau yang tahu.. rasa dibelenggu..takut untuk menulis..takut untuk menyampaikan…takut untuk menyeru…ya Allah betapa aku takut untuk menyampaikan sesuatu yang tidak aku lakukan, betapa aku gentar untuk mencegah sesuatu yang juga aku lakukan…dosa2ku membelit lisanku untuk untuk menyeru, dosa2ku merantai jari-jemariku untuk memberi pesanan..ya Allah betapa kosongnya hati ini, betapa jauhnya aku darimu  ='(…betapa aku mengharapkan pengisian rohani…pengisian yg mampu membangkitkan ruh jihadku


Betapa aku merindukan saat itu, saat Engkau lebih kurindui dari sekalian makhluk…aku masih mencari perasaan itu, rasa itu….saat Kau kurasakan begitu hampir denganku ya Allah..saat aku merasa bahagia mengadu padaMu, saat aku merasa dekat denganMu, saat air mataku hanya untukMu..saat aku tenggelam dalam cintaMu...saat bangun malam itu menjadi detik yang aku nanti…


Namun, mengapa terasa begitu sukar untuk mengembalikan perasaan itu…mengapa cintamu semakin sukar untuk kuraih…?? ='(


Teringat aku pada bait2 lagu "taubat seorang hamba"..terasa kena pada masa, diri dan situasi tatkala ini

Hati hitam menegenangkan dosa2 yang kulakukan
 Oh tuhan maha kuasa terima taubat hamba berdosa 
Ku akui kelemahan diri
Kuinsafi kekurangan ini
Kukesali kejahilan ini
Terimalah2x taubatku ini
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan menuju redhamu ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri
Kuinsafi kekurangan ini
Kukesali kejahilan ini
Terimalah2x taubatku ini
Dihamparan ini ku meminta moga taubatku diterima
Ku akui kelemahan diri
Kuinsafi kekurangan ini
Kukesali kejahilan ini
Terimalah2x taubatku ini

"Ya Allah betapa aku mengharap agar tarbiyah Ramadhan ini akan lebih mendekatkan aku padaMu…mengembalikan cintaku padaMu…mengembalikan rinduku padaMu…Terimalah aku ya Allah, terimalah ibadahku ya Allah, terimalah taubatku ya Allah…terimalah hambaMu yang hina ini"

Nikmat Sihat Itu


Aslmkm w.b.t

Alhamdulillah,  betapa aku bersyukur atas nikmat kesihatan yang tidak ternilai ini. Benarlah kata-kata yang selalu didengar. Kita ini selalu benar mengerti betapa sesuatu itu amat bernilai setelah kita kehilangannya. Jarang sekali kita menghargai sesuatu yang kita ada. Begitu juga aku, ianya samasekali tidak berkaitan dengan manusia, Cuma terasa betapa bernilainya nikmat sihat itu setelah diuji dengan kesakitan. Bukan teruk sangat pun, tapi 3 hari terlantar diatas katil dan hampir seminggu diuji dengan demam membuatkan aku mengerti betapa kerdilnya aku. Betapa selama ini, hidupku dengan belas kasihan Allah semata-mata. Ditarik sedikit nikmat yang satu itu, aku sudah tidak berupaya. Allahuakhbar, aku menyakini keagunganMu ya Allah, Tuhan pencipta sekalian makhluk.


Ketika solat tidak mampu didirikan dengan sempurna, lantaran kaki yang tak mampu berdiri dan bertahan lama, ketika makanan tak mampu ditelan lantaran sakit tekak yang teramat, ketikamana batok yang tidak henti-henti menganggu masa tidur. Betapa aku mengharapkan agar nikmat sihat itu dikembalikan padaku. Biarpun sekejap cuma, aku ingin sihat kembali, doaku sentiasa.


Namun, kesakitan ini memberi aku 1001 ibrah. Walaupun kadangkala hati dihasuti dengan bisikan syaitan laknatullah sehingga aku mengira2 siapa sahabat2 yang mengambil berat akan diriku dan siapa yang berada denganku hanya pada waktu senangku. Astaghfirullahala'zim, cukup halus jarum Iblis durjana. Sedangkan seharusnya aku berhusnuzhon dengan sahabat2 seperjuanganku. Barangkali ada yang tidak mengetahui perihal kesihatanku, barangkali ada yang sedang mengalami musibah sebagaimana diriku, dan barangkali ada yang sedang sibuk bersengkang mata membanting tulang bergerak kerja untuk Islam tercinta. Malah, mungkin aku juga tidak mengambil berat perihal sakit atau sihatnya sahabat2ku, jadi ini mungkin wasilah untuk menyedarkan aku. Maka sakit ini aku terima dengan redha.


Benarlah kita hidup ini hanya dengan rasa belas Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Bagaimana mungkin kita bermegah diri dengan apa yang kita miliki. Yang kaya- raya, hartawan,jutawan andai Allah berkehendak boleh saja jatuh miskin pada bila-bila masa, yang sihat boleh saja jatuh sakit dan mati tiba-tiba. Semuanya atas kehendak Allah s.w.t. kita miliknya tiada hak untuk mempertikai apatah lagi melawan Iradahnya.


Oleh itu, hairan sekali masih ada yang tidak beryukur dengan menggunakan nikmat kurniaanNya sesuka hati. Apakah mereka kira nikmat sihat, nikmat kaya, nikmat cantik itu milik mereka? Barang yang dipinjam seharusnya dijaga dengan penuh adab sebagai seorang peminjam bukan? Harta melimpah-ruah yang kau miliki itu milik Allah, maka keluarkanlah zakat sebagaimana yang diperintahkannya, kecantikanMu itu pinjaman Allah, maka tutupilah auratmu sebagaimana yang telah ditetapkanNya, sihatMu itu atas ehsan Allah, maka berjuanglah diatas jalanNya, serulah manusia kearah kebaikan dan cegahlah manusia dari melakukan kemungkaran. 

Akhir kata :
                  "Ayuh menjadi hamba bersyukur"


* wlupun entri ni brhenti scr mengejut (sbb xtau dh nk susun kata mcm mana huhu), hope kita sama2 dpt ambil ibrah ...(^_^)

Tuesday, May 15, 2012


                                                                       NAKBA

60 tahun yang lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, harta benda, ladang, perniagaan, serta pekan dan bandar yang mereka diami. Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi di Palestin, tentera Israel telah menghalau rakyat palestin keluar dari tanah mereka. Israel pula dengan pesat memindahkan orang yahudi masuk ke dalam rumah Palestin yang baru dikosongkan. Nakba bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab. Palestin merujuk Nakba “malapetaka”, sebagai kemusnahan masyarakat mereka dan sebagai rampasan tanah air mereka.

Sepuluh Fakta tentang Nakba

1. Nakba adalah punca masalah Israel / Palestin.

Nakba ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram palestin.

2. Peristiwa traumatic ini mewujudkan krisis pelarian Palestin.

Dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel.

Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang. 

‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata "Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee)." 

4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah.

Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.

5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati.

Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing.

Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “

6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel.

Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966.

Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan. 
Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun "dipindahkan", dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.

7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia.

Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dianggarkan masih ada sekurang-kurangnya 1 juta lagi yang masih belum didaftarkan.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.

9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah.

Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada "tanah asal mereka".

10. Nakba mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika.

Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat. Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa "persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat." Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa "isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.





Sunday, April 8, 2012


Lafaz sakinah

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa..
Diterjemah hanya sebak abah, tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang kuberikan kepadanya
Ingatlah bahawa isterimu itu adalah amanah daripada Allah
Didiklah ia dengan agama agar keturunanmu jua terdidik dengannya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya, perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya



Ku akur akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringlah dengan doamu
Bahgia kami dari redhamu



Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya, perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya


sengaja ana post lirik lagu nie, slama nie xpernah pon hayati ape yg nk disampaikan oleh penulis n penyanyi lagu nie...tapi bila ana dengar n hayati betol2 lirik die, tersentuh hati ana....bagaimana pengharapan seorang ayah terhadap lelaki yang bakal menikahi anak perempuannya....

inilah kasih seorang ayah, bukan mudah untuk seorang ayah menyerahkan anak gadis yang disayangi sepenuh hati kepada insan lain, apatah lagi insan yang asing dimatanya...anak yang dia sambut dengan kalimah penuh kesyukuran, anak yang dia jaga siang dan malam, anak yang menjadi sebab sendu dan tawanya, bukan senang untuk dia menerima hakikat anak gadis yang dulunya kecil penuh manja kini telah menginjak dewasa dan kini perlu diserah pada insan lain...  

kerisauan jelas terpapar pada setiap langkah dan tuturbicara si ayah, pelbagai persoalan diaju untuk mengenali lelaki yang berjaya mencuri hati anak gadis miliknya...persoalan demi persoalan silih berganti sehingga kadangkala mengagamit rajuk dihati anak...

fahamilah duhai kaum muslimin, pada si ayah, menyakiti anak gadisku bererti kau menyakiti diriku....seandainya diberi pilihan pastinya dia akan kupelihara hingga denyut nadiku yang terakhir...dimataku, anak gadisku tetap anak kecil yang masih x mengenali apa itu dunia...maka, jangan kau bawa dia dalam tipu daya dunia...

maka pesanku, Jadikanlah dia wanita syurga, Mengerti benar akan maharnya, Taat itu bukan hanya pada nama,Indah ia pada maksudnya....




..............................................................................................
...........................................................................
........................................................


(( ya Allah ampunkanlah dosaku serta dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka ya Allah sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari dari kecil )) 








Tuesday, March 27, 2012


SBE KALI NIE ?


sekadar berkongsi luahan rasa 

Ramai yang bertanya bagaimana dengan SBE a.k.a School Base Experient kali nie?
Soalan yang sama acapkali diutarakan , juga dijawab dengan jawapan yang sama acapkali.
Hmm, biasa je….
entah kenapa ke"excitedan" ana untuk berSBE makin merudum
hmmmm
 Mungkin juga kerana lambakan esaimen menyebabkan fokus ana hanya pada helaian2 kertas putih berisi soalan2 esaimen yang pelbagai :
~ PBD
~HUBUNGAN ETNIK
~BAHASA ARAB
~IBADAH
~SIRAH
~PQS
Lantas jari jemari menghitung tarikh penghantaran setiap esaimen, ada yang kena hantar seminggu selepas SBE, ada yang 2 minggu selepasnya dan ada jugak yang kena hantar awal bulan April
Tapi……..peratusan yang siap hanya **% hmmmm…=(

Ok, lupakan

Tugasan ana utk sbe kali nie ialah subjek Bahasa Arab, iaitu subjek minor 1 ana….syukran sangat2 pada ustaz ba atas kerjasama yang amat menggalakkan..kaedah  pengajaran ustaz yang santai menarik minat ana untuk terus mendalami kaedah pengajaran bahasa syurga ini…mampukah ana jadi mcm ust satu hari nanti ?? and syukran kathira ust sebab sudi belanja ana makan
Terima Kasih Daun Keladi
Nanti2 Belanja Laa Lagi
(^_^)

 Hari2 SBE berlalu dengan rutin yang sama, menyebabkan hati diruntun kerinduan yang mendalam pada IPG tercinta..(erkk)..ditambah pula dengan sikap beberapa orang guru lelaki yang "terlebih ramah" menjadikan ana kurang selesa untuk berlama-lamaan disana. Detik 1.45 petang merupakan detik yang paling menggembirakan, astaghfirullahala'zim, ape nak jadi nie?

Apa yang ana dapat SBE kali nie?
Soalan yang sering berlegar2 dalam minda
Lantas beberapa list dibuat:

1)  Kaedah & teknik pengajaran bahasa Arab (Alhamdulillah)

2)  Makan free 2x (^_^)

But the most important things
3)  I'brah untuk diri  
~ Siapa kita pada usia remaja menentukan siapa kita pabila mengenjak usia dewasa ~

Kenapa ana berkata begini? Kerana ini yang ana lihat..personaliti yang kita bina diusia remaja menentukan siapa kita pada 10 tahun akan datang.

Setuju @ tidak bergantung pada antum antunna

 Ramai yang berkata, usia remaja hanya sekali, jadi inilah masanya kita menikmati hidup semaksimum mungkin @ kata mudahnya ini masa untuk "enjoy", dis is d time 4 us 2 enjoy , bila dah umur mencecah 40 tahun nanti kita taubatlah…

Pernah dengar kata2 macam nie?
Pernah bukan?

Tapiiii
…………………………………………
…………………………

Persoalannya?
Apakah kita masih hidup pada saat dan tika itu?
@
Apakah kita masih mampu berdiri tegak, berjalan lenggang ke masjid pada saat dan tika itu?
@
 Apakah kita sudah reput dimamah cacing dan ulat didalam tanah?

Tiada siapa yang tahu

Alhamdulillah kalau umur panjang, kesempatan dan peluang itu masih terbuka

Tetapi
………………………..
………….
Persoalan ana yang kedua , Apakah kita mampu untuk istiqamah solat berjemaah di masjid andai diusia remaja tidak dilatih untuk solat jemaah di masjid?
@
 Apakah kita mampu untuk menutup aurat dengan sempurna, andai diusia remaja aurat didedah tanpa ada rasa bersalah sedikitpun?

Mungkin ianya tidak mustahil, tetapi ana pasti dan ana yakin yang kebarangkaliannya terlalu dan terlalu rendah

Andai pada ketika itu, kita masih mampu untuk berubah, pakaian yg dulunya bersaiz ss sendat kini makin longgar bersaiz xL…. kalau dulu masjid itu hanya tempat persinggahan untuk ke toilet, namun sekarang sudah bagai rumah kedua…kalau dulu lagu2 ella menjadi halwa telinga sebelum tidur, kini zikir munajat sebagai peneman tidur…
Alhamdulillah
Subhanallah
Maka pada saat dan tika itu tiada yang lebih layak untuk mendapat setinggi2 kepujian  melainkan Allah s.w.t yang masih menyayangi dan mengasihi kita
Bersyukurlah

Namun sahabat , hakikat dan realiti yang harus kita fahami ialah
 "persoalan mati itu ditangan Allah dan kita tidak akan pernah tahu sehinggalah detik Izrail datang menjemput kita"

OLEH ITU
Sanggupkah kita berhadapan dengan risiko itu?
Bagaimana kiranya hari ini @ mungkin juga esok @ lusa adalah hari terakhir kita dimuka bumi ini, apakah masih punya ruang untuk kita ditaman Firdausi???




Akhir kata :
kejahatan itu bukan satu keterlanjuran tetapi satu kebiasaan yang telah lama berakar umbi, dan kebaikan itu bukan satu kebetulan tetapi dihasilkan dengan banyaknya latihan
~Ayuh renung2kan~




Footnote :
Mgkin ada yang xtahu SBE stand 4 School base experient @ dalam bahasa melayunya "pengalaman berasaskan sekolah (PBS)" merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam sillibus IPG, dimana pelajar2 degree sem1,2,3 dan 4 perlu pergi ke sekolah selama semiggu bagi melaksanakan beberapa tugasan mengikut semester masing2 sebagaimana berikut :
Semester 1 : subjek JIP
     Semester 2 : subjek major
Semester 3 : minor 1
Semester 4 : minor 2


wassalam


Gambar2 ketika SBE


bersama pelajar2 tahun 4



pelajar2 bersama guru2 pendidikan islam dan j-Qaf bergotong-royong menghias bilik j-Qaf





my favourite student, aiman (kiri)
comeynyer


Sunday, February 5, 2012

YA HABIBULLAH

Assalamua'laikum w.b.t

                                        SALAM MAULIDUL RASUL

Nie gambar ana n sahabat2 seperjuangan dlm Persatuan Intelektual Mua'llim (PIM)
           kdt 2 Faiz utk poster salam Maulidul Rasul nie....nk kna blajar nih =)




Dari kiri : Akhi Aqish Aizat (s/u 2), Akhi Lukman (bendahari 1) Akhi Faiz (timb 1),
Akhi Adib (presd)  
                 Dari kanan : Ukhti Wahida (s/u 1), al-insyirah  (bendahari 2), Ukhti Daniatie (timb 2)


Menjelang malam Maulidul Rasul...
Untuk orang2 yang xda kenderaan macam kami, tiada destinasi lain pada malam hari melainkan asramalah tempat kami bermastautin..kadangkala jelous jugak tengok org yg ada kenderaan, senangnye nak g mana2 kan? acu oyak je teros sampai..(^_^) lagi2 bertambah jelous pada bulan2 special macam nie,pastinya lambakan majlis ilmu sedang berlangsung di luar sana...

Tapi xpe krn kami juga punya cara tersendiri untuk meraikan ulangtahun kelahiran junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w....Alhamdulillah hari nie (5/2/12) = (12 rabiul awal) sesudah solat maghrib berjemaah dengan adik2 yang menjadi penghuni setia surau blok e, kami sama2 mengalunkan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w…secara jujurnya, ana sangat berbangga dan bersyukur punya adik2 (junior) seperti ini, berbunga riang hati ini melihat adik2 mengambil alternatif sendiri meluangkan sedikit masa antara maghrib dan isyak untuk meraikan ulangtahun kelahiran nabi kita Muhammad s.a.w, dengan berselawat dan ditambah pula dengan sedikit perkongsian berkaitan  Rasulullah s.a.w (walaupun penceramahnya bkanlah ustz Bahiyah atau sheikh2 di luar sana, namun moga2 sdikit prkongsian yg ditaburkan mampu membangkitkan kerinduan kita pada Rasulullah s.a.w) 

Alhamdulillah, walaupun pada mulanya ana sendiri sudah ada perancangan untuk mengajak adik2 sama2 mengalunkan selawat keatas junjungan mulia, Muhammad s.a.w. . Namun, melihat kepingan2 kertas A4 yang mengandungi selawat tersusun rapi diatas meja surau, lantas laju tangan ini menyimpan kembali  lipatan kertas selawat kedalam poket .Hati berbisik "Inilah jiwa2 yang benar2 merindukan habibullah", lantas bibir terukir senyuman pada adik2 dihadapanku...(^_^)


                     ~ Renungi maksud surah al-Ahzab ayat 56 ~

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. 


JOM KITA PERBANYAKKAN SELAWAT KEATAS JUNJUNGAN BESAR
NABI MUHAMMAD S.A.W


KELEBIHAN2 BERSELAWAT KEATAS RASULULLAH S.A.W :

1.       Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

2.       Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a


   Alang2 menulis nak promosi sikit


-----> SEMPENA BULAN MAULIDUL RASUL NIE , LAJNAH DAKWAH DAN TARBIYAH PIM TELAH MENGANJURKAN BEBERAPA PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI MENGISI BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI, ANTARA AKTIVITI2 YG DIANJURKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
   




jom kita tinjau !!



kempen pesona cinta <3



Forum "Bicara Cinta" yang menampilkan 3 orang pensyarah dari Jabatan Pengajian 
Agama dan Moral (JAPIM) iaitu :

                           > Ust. Mohammad b. Ayob (Abah)
> Ust.Wan Anuar   
          > Ummi Norma bt Senik

* pastinya menarik dan menjanjikan kelainan, jom pakat2 mai (^_^)






program2 Qiamullail






Ayuh sama2 mengimarahkan bulan penuh barakah ini dengan aktiviti2 yg bermanfaat (^_^) dtg ye jgn xdatang


~KAMI MERINDUIMU YA RASULULLAH, DAN KAMI TIDAK INGIN RASA CINTA INI HILANG DIBALIK MASA, TETAPKANLAH HATI KAMI YA ALLAH UNTUK TERUS MENERUS MENCINTAI KEKASIHMU (HABIBULLAH)~