Saturday, May 14, 2011

TiDaK LaYakkaH???

Assalamua'laikum...Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T pencipta segala makhluk, penguasa setiap sesuatu kerana masih diberi kesempatan untuk hidup dengan dua nikmat terbesar iaitu iman dan Islam...Alhamdulillah

Pada mulanya lain yg ingin ana kisahkan tapi lain pula yang ana coretkan..ada sesuatu yang terbuku dihati, meruntun diri untuk meluahkannya disini...

Pertamanya, apakah itu dakwah ?

Menurut Abu ‘Urwah, pengertian dakwah dari segi bahasa membawa maksud menyeru atau memanggil, sama ada kepada perkara yang haq atau batil. Selain itu, dakwah juga bermaksud seruan kepada Allah s.w.t

Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.(Surah Yusuf : 108)
                                                                                                                          

Dari segi istilah syara’ pula membawa pengertian yang lebih khusus iaitu seruan atau panggilan ke jalan Allah s.w.t.
Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Menurut Ibn Taimiyyah dakwah adalah satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah s.w.t dan apa yang disampaikan oleh rasul-rasul-Nya iaitu dengan membenarkan segala perkara yang disampaikan oleh para rasul dan mentaati perintah mereka. Antara tugas dakwah adalah menyuruh (al-amru) melaksanakan apa yang disukai Allah dan rasul-Nya akan perkara yang wajib dan sunat, zahir dan batin. Tugas dakwah juga terdiri daripada menegah (an-nahyu) segala larangan Allah dan rasul-Nya sama ada zahir atau batin. Tidak sempurna dakwah kiranya tidak ke arah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah dan meninggalkan apa yang tidak disukai-Nya, sama ada dari perkataan atau perbuatan zahir

Berdasarkan pengertian tersebut, dapatlah difahami bahawa dakwah merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia untuk menyeru manusia kepada mentaati Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Di samping itu menegah manusia yang melakukan kemungkaran agar kembali ke jalan yang benar.
 
Persoalannya sahabat,adakah kita layak untuk berdakwah?


Pada ana, kita berdakwah bukan kerana kita lebih baik dari orang lain, bukan jua kerana ilmu kita lebih banyak dari orang lain, bukan jua kerana kebolehan2 yg kita miliki tapi sahabat, kita berdakwah kerana kita TERLALU dan TERLALU memerlukan rahmat dan kasih sayang Allah..tiada nilaiannya hidup di dunia ini seandainya kasih dan cinta sang pencipta itu tidak kita miliki...

SAHABAT....

Seandainya kita mengharapkan diri menjadi sempurna baru kita ingin berdakwah sampai bila pun kita tidak akan berdakwah kerana hakikatnya manusia itu tidak sempurna...seandainya kita melihat kerana dosa dan kesalahan yang kita lakukan kita tidak layak untuk berdakwah, tidak akan ada lagi manusia yang akan terlibat dengan gerak kerja dakwah ini...kerna hakikatnya memang begitu, manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan...iman itu sifatnya yazid wa yanqus, ada kalanya bertambah dan ada kalanya berkurang...ada masanya kita kuat dalam menghadapi ujian dan dugaan yang mendatang, adakalanya kita brsemangat mnjalankan gerak kerja Islam, namun ada kalanya rasa malas menguasai diri, melihat rakan2 lain mampu bersenang lenang, bersiar2, menonton movie, tidur diawal waktu dan sebgainya sedangkan kita trpaksa berjaga malam menyiapkan tugasan akademik yg trgendala akibat kesibukan...ditambah pula dengan fitnah, cacian, kejian serta perlian dari mereka yang kurang senang dengan teguran dan aktiviti kita...pastinya semua itu kadangkala memberi impak pada diri kita...ingin dilihat sebagai seorang yang sporting dimata rakan2, ingin dilihat mampu menerima gurauan dan persekitaran yang kadangkala ternyata bercanggah dengan kemahuan diri...

Namun sahabat, adakah alasan itu yang ingin kita jadikan sebab mengapa kita tidak boleh berdakwah??? tidak...tidak mampu rasanya diri ini menerima alasan tersebut kerana jika dibndingkan dirimu dan diriku sahabat, kau sejuta kali lebih layak dariku...dengan potensi dan kelebihan yang kau miliki, aku terlalu yakin kau mampu memberi sumbangan yang besar kepada dinul Islam ini...


* Ya memang benar!!! iman itu sifatnya yazid wa yanqus,  namun janganlah kita menjadikannya alasan untuk terus-terusan melakukan kesalahan dan dosa, sebaliknya cubalah memperbaiki diri, mengislahkan diri dari sehari-kesehari supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang2 kali...kerana apa? kerana DAKWAH itu harus seiring dan sejajar dengan TARBIYAH & PENGISLAHAN DIRI..

   "Ya Allah, tuhan yg membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami diatas agama dan ketaatan kepadamu"

No comments:

Post a Comment