Wednesday, October 19, 2011

~BiLa HaTi MaHu BeRciNtA~

Alhamdulillah, ana baru saja balik daripada satu program anjuran ahlijawatankuasa masjid dibawah biro kerohanian dan moral, JPP yang kebanyakannya dipelopori oleh adik-adik junior Pendidikan Islam…best sangat…memang respect lah kat diorang, tahniah diucapkan, Ahsantum…

Berikut merupakan butiran mengenai program tadi :

Ø  Tarikh : 19 Oktober 2011
Ø  Penceramah : Ustaz Ubaidillah bin Alias
Ø  Tajuk : Bila Hati Mahu Bercinta
Ø  Tempat : Dewan Wawasan
Ø  Sasaran : Warga asrama (muslimin dan muslimat) IPGKKB

Program ini dianjurkan khas buat mereka yang pernah dilamun cinta, buat mereka yang sedang dilamun cinta, buat mereka yang mencari cinta dan, buat mereka yang mengimpikan cinta…kesimpulannya, program ini untuk semua..(^_^)

Pada ana, program-program sebegini sangat penting untuk memberi kefahaman dan penjelasan sebenar kepada para remaja tentang kalimah penuh hikmat ini, iaitu "CINTA". Buktinya, word CINTA itu saja sudah menggentarkan hati para remaja IPGKKB yang pastinya menjadi faktor utama penuhnya Dewan Wawasan pada malam ini, Alhamdulillah…

Ikhwan dan akhwat yang ana kasihi sekalian,

Cinta itu fitrah bukan? Dan Islam pastinya tidak pernah melarang atau menyekat naluri dan  fitrah manusia untuk bercinta. Bahkan, indahnya Islam diberi pula panduan kepada kita untuk memandu fitrah ini diatas landasan yang betul dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Menurut Ustaz Ubaidillah selaku penceramah jemputan pada malam ini, yang juga dikenali sebagai "ustaz cinta", terdapat tiga asas dalam sebuah percintaan. Kata beliau, cinta itu perlukan visi, dan visi dalam sesebuah percintaan ialah SYURGA, dipandu pula oleh IMAN yang menjadi energy atau tenaga untuk seseorang itu melaksanakan tuntutan-tuntutan dalam percintaannya. Dan terakhir ialah melalui salam iaitu sebagai syariat untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan diakhirat.
 
Seterusnya beliau menjelaskan tiga bentuk perhubungan yang direstui atau dibenarkan oleh syariat Islam iaitu :

Ø  HUBUNGAN DENGAN AGAMA (ALLAH DAN RASUL)

CINTA KEPADA ALLAH

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia ialah cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan mencintai Allah. Cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan keimanan yang mantap. 

FIRMAN ALLAH S.W.T :
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah”
(Surah Al-Baqarah : 165)


CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan Rasulullah s.a.w yang memandu manusia daripada kegelapan kepada cahaya kebenaran.
Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim untuk menyalurkan kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w iaitu dengan mengikut sunnah baginda tidak kira samada dari segi perbuatan, perkataan mahupun pengakuan baginda s.a.w.

Jika kita menyoroti sirah kehidupan baginda dan para sahabat, Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)


Ø  HUBUNGAN DENGAN KELUARGA DAN SAUDARA SEAKIDAH

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat keimanan seseorang. Sebagaimana yang terkandung dalam hadis baginda s.a.w :

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسْ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى  اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه
[رواه البخاري ومسلم]

Maksudnya :
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
http://www.yadim.com.my/Images/spacer.gif

Antara lain yang menarik minat ana ialah kisah yang diceritakan oleh ustaz Ubaidillah mengenai kisah percintaan seorang sufi  bagi menjawab persoalan salah seorang pelajar yang berbunyi "adakah boleh mencintai seseorang dalam diam?"

Kisah ini menceritakan bagaimana seorang sufi yang telah jatuh cinta pada seorang gadis. Namun, tidak pernah disuarakan atau dinyatakan kepada gadis tersebut, HANYA CINTA DALAM DIAM…Namun, setelah beberapa lama si gadis akhirnya telah dilamar oleh seorang pemuda lain, dan ketika dalam tempoh tersebut, gadis yang juga mencintai pemuda sufi tersebut (juga dalam diam) mengetahui cinta si pemuda sufi  terhadapnya. Lalu, dia mengutus surat kepada ahli sufi tersebut agar datang melamarnya. Namun, jawapan daripada pemuda tersebut ialah "aku tidak akan meminang diatas pinangan saudaraku". Pengakhirannya, si gadis akhirnya telah meninggal dunia tanpa menerima lamaran mana-mana lelaki. Setelah beberapa lama kematian si gadis, pemuda sufi tersebut telah bermimpi bertemu dengan dengannya didalam syurga, lalu dia berkata, "tunggulah aku akan menyusulmu"..tidak lama kemudian pemuda sufi itu pun meninggal dunia dan disatukan dengan gadis tersebut didalam syurga...



Sahabat,

Lihatlah dan renungkanlah…cinta itu tidak semestinya memiliki. berdoalah agar dia yang kau cintai itu jodohmu, namun Andai dia bukanlah ditakdirkan untukmu, tenanglah duhai hati…dan yakinlah bahawa Allah akan mengurniakan insan yang lebih baik kepadamu, namun andai itu tidak terjadi, yakinlah bahawa cintamu menunggu di syurga…jangan pernah kecewa, jangan pernah berkeluh kesah, tiba saatnya, cintamu pasti akan hadir..




Seterusnya, ana teringat soalan yang dikemukakan oleh ayah Hir (junior ana) berbunyi begini (kalau xsilap ana) "adakah kita perlu menjadi baik untuk mendapat pasangan yang terbaik?"

Jawapan ustaz Ubaidillah  :

 Merujuk kepada firman Allah s.w.t yang berbunyi :

àM»sWÎ7sƒø:$# tûüÏWÎ7yù=Ï9 šcqèWÎ7yø9$#ur ÏM»sWÎ7yù=Ï9 ( àM»t6Íh©Ü9$#ur tûüÎ6Íh©Ü=Ï9 tbqç7ÍhŠ©Ü9$#ur ÏM»t6Íh©Ü=Ï9 4 y7Í´¯»s9'ré& šcrâ䧎y9ãB $£JÏB tbqä9qà)tƒ ( Nßgs9 ×otÏÿøó¨B ×-øÍur ÒOƒÌŸ2 ÇËÏÈ  

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga).

Namun, ini x menjamin bahawa seseorang individu yang baik atau soleh itu juga akan mendapat pasangan yang juga solehah di dunia, Namun fitrahnya, lelaki yang baik pastinya akan mencari wanita yang baik untuk dijadikan isteri,  dan begitu juga dengan kaum hawa, wanita yang solehah pastinya akan mencari lelaki yang soleh untuk dijadikan suami. Tapi x dapat dinafikan bahawa ada juga individu yang memilih pasangan yang "biasa2" untuk membawa mereka lebih dekat dengan Allah @ kata mudahnya ingin "berdakwah". Namun  ada juga yang yang mendapat pasangan yang berbeda fikrahnya. Usah bersedih duhai insan terpilih…walau apapun yang berlaku redhalah dengan ketetapan Allah. Kadangkala Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kita terhadap-Nya sebagaimana firmannya dalam surah al-Ankabut ayat 2 :

|=Å¡ymr& â¨$¨Z9$# br& (#þqä.uŽøIムbr& (#þqä9qà)tƒ $¨YtB#uä öNèdur Ÿw tbqãZtFøÿムÇËÈ  

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Sahabat yang disayangi,

 Jangan pernah kecewa seandainya kita diuji dalam lingkungan ini, yakni mendapat pasangan yang "kurang kesolehannya"  kerna boleh jadi Allah telah menyediakan pasangan yang lebih baik untuk kita di syurga sana. Sebagaimana kisah nabi Nuh dan nabi Luth yang beristerikan wanita yang menderhakai Allah S.W.T sehinggakan ditempelak di dalam al-Quran. Oleh itu, kita harus sedar bahawa kita hanya mampu merancang, namun ingatlah bahawa Allah itu adalah sebaik-baik perancang.

Ikhwan dan akhwat fillah,

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 216 :

|=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãA$tFÉ)ø9$# uqèdur ×nöä. öNä3©9 ( #Ó|¤tãur br& (#qèdtõ3s? $\«øx© uqèdur ׎öyz öNà6©9 ( #Ó|¤tãur br& (#q6Åsè? $\«øx© uqèdur @ŽŸ° öNä3©9 3 ª!$#ur ãNn=÷ètƒ óOçFRr&ur Ÿw šcqßJn=÷ès? ÇËÊÏÈ  

Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Memetik terjemahan ayat ini, boleh jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Sahabat, yakinlah bahawa Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi Dia memberi apa yang kita perlu. Bukankah keperluan itu lebih baik daripada kemahuan? Kemahuan manusia tiada batasnya, setelah satu dipenuhi kemahuan lain pasti akan menyusul. Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Maka terimalah dengan redha..kerana apa? Kerana kita HANYALAH SEORANG HAMBA.

 PESANAN (^^,)

                       "Pilihlah ibu atau ayah untuk anak-anak mu, bukan isteri atau suami untuk dirimu"




Tertarik dengan sebuah syair Arab yang tertulis dalam pamplet program ni :

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”



*belum habis cita lagi, badan dah penat, mata dah layu,stop dulu, I'allah ana akan update lagi di lain masa..(^_^) 

No comments:

Post a Comment