Thursday, November 10, 2011

MuKtaMaR PIM kiNi KeMbaLi


Alhamdulillah, sebagaimana yang dirancang oleh ahli majlis tertinggi (AMT) Persatuan Intelektual Mua'llim dan dengan keizinan Allah s.w.t malah dipermudahkan-Nya, maka terlaksanalah Muktamar PIM atau Mesyuarat agung PIM kali ke-2.

Jom kita tengok butiran program !
Ø Program : Muktamar PIM kali ke-2
Ø Tarikh : 1/10/2011
Ø Tempat : Dewan Gerko
Ø Sasaran : Semua ahli PIM
Ø Atucara :
    1) Ucapan pensyarah penasihat BKM,JPP
 2) Ucapan dasar president PIM
 3) Pembentangan laporan kewangan PIM
 4) Pembentangan laporan aktiviti PIM
 5) Pembentangan dan perbahasan usul
 6) Pembubaran pimpinan lama dan perlantikan pimpinan baru

Pertamanya, tahniah dan takziah diucapkan kepada saf kepimpinan baru iaitu bagi sesi 2011. Ketahuilah bahawa jawatan ini bukanlah atas dasar pilihan manusia semata-mata tetapi yakinlah bahawa ini adalah pilihan Allah untuk kita, Allah yang menggerakkan hati2 mereka untuk memilih kalian. Ana bertegas kepada diri ana dan sahabat2 agar sama2 kita berusaha untuk menjalankan amanah ini dengan sebaiknya. Sesungguhnya, setiap tangunggjawab akan dipertangungjawabkan.

Jika ditanya hati ini, jawapannya pasti tidak, memegang jawatan terutamanya dalam saf kepimpinan adalah sesuatu yang cuba ana elak. Bagaimana diri ini mampu untuk memegang amanah itu, sedangkan dosa diri sendiri pun sudah tidak tertanggung, apatah lagi ingin menanggung insan2 dibawah kepimpinan. Ya Allah beratnya amanah ini.

Namun, kerana tuntutan organisasi ana gagahkan juga diri ini. Kerana apa? Kerna ana yakin bahawa jawatan ini adalah pilihan Allah. Sebak rasanya memikirkan bagaimana PENCIPTA itu begitu mengasihi diri ini dengan meletakkan diri ini bersama insan2 yang sentiasa berusaha untuk menegakkan agama-Nya, bagaimana DIA mengingati diri ini dengan memberi ujian seberat ini, dan bagaimana DIA memberi kepercayaan kepada diri ini untuk memelihara agamanya, sedangkan terlalu ramai insan yang lebih layak untuk memegang amanah dan tangungjawab ini.

Memetik kata-kata President PIM bagi sesi 2011, Muhamad Adib bin Mat yang menarik pendengaran dan menyentuh hati ana :

1)      " sekiranya apa yang saya lakukan betul pada agama pada  adat maka ikutlah saya, dan jika apa yang saya lakukan menyalahi agama dan adat maka perbetulkanlah saya"

2)     " jawatan ini merupakan amanah yang cukup berat, sekiranya tersilap caranya akan menjerumuskan kedalam neraka Allah, nau'zubillah"

3)     " PIM ditubuhkan diatas perlembagaan Allah taala, Rasulullah sebagai ikutan (Qudwah) kami, Al-Quran sebagai kitab kami . Jadi sekiranya terdapat sebarang keburukan dalam PIM, hinalah saya, kejilah saya, cemuhlah saya bukan PIM kerana saya yang membawanya, yang buruk dan hina itu adalah saya iaitu orang yang membawanya bukan PIM".

Daripada ucapannya, beliau juga ada menyatakan bahawa antara aspek-aspek yang akan difokuskan  oleh PIM pada tahun hadapan ialah :

1)    Mengamalkan konsep "islah nafsak wadu'ghoirok"
2)   Pemerkasaan majlis imu
3)   Mengukuhkan pemahaman ahli berkaitan perlembagaan PIM
4)   Pemerkasaan Usrah

Harapan ana agar kita semua dapat menjalankan amanah yang telah dipertangungjawabkan dengan sebaiknya. Moga2 segala yang dirancang atau yang bakal dirancang adalah selari dengan kehendak Allah s.w.t.

TitiPaN Doa dr HamBa,
 Ya Allah seandainya amanah ini untuk menguji keimananku, aku berharap agar ujian ini akan lebih mendekatkan aku padaMu, dan jika amanah ini untuk menguji keikhlasanku, aku mohon dijauhkan hatiku daripada sifat riak, sombong dan ujub, dan jika amanah ini hidayah daripadamu, maka kumohon kau bukakanlah pintu hatiku seluas2nya untuk menerima hidayahMu.

Sebelum entri ini berlabuh tirai, ayuh renung sedikit sejarah berkenaan persatuan ini à PIM yang pada mulanya bergerak dengan nama Rakan Masjid diawal penubuhan telah ditubuhkan oleh beberapa insan yang sangat ana hormati dan kagumi semangat, keprihatinan dan pengorbanan yang mereka lakukan. Insan yang telah bersusah payah demi untuk melihat wujudnya bi'ah solehah di IPGKB ini terdiri daripada (nama2 yang ana ingat, maaf andai tertinggal mana2 nama) :

Ø Akhi Masduki
Ø Akhi Fahmi
Ø Akhi  Aiman
Ø Akhi Azizi
Ø Akhi Khairi
Ø Ukhti Suhana
Ø Ukhti Farahani
Ø Ukhti Farahin
Ø Ukhti Ramizah
Jika dilihat mereka bukanlah daripada pelajar opsyen agama, namun kesungguhan dan keikhlasan mereka jelas dimata ana. Ana melihat bagaimana mereka begitu bersungguh2 menjalankan gerak kerja Islam, konsep tadhiah dipegang sekemas2nya, wang ringgit, masa dan sebagaiya dikorban dalam jalan ini. Jika difikirkan boleh saja insan2 ini terlibat dan bergerak aktif dengan organisasi lain yang telah kukuh, namun diatas rasa kesedaran dan tangunggjawab mereka telah meubuhkan Rakan Masjid, sebuah persatuan Islam yang menjalankan gerak kerja Islam.

Sahabat, oleh itu sedikit pesanan ana, janganlah kita sewenang2nya melupakan kebaikan yang dilakukan orang lain hanya kerana kesilapan dan keburukannya. Pandanglah manusia sehingga kedasar hatinya bukan fizikal semata-mata. Fitrah sebagai manusia, punya keburukan dan kelemahan, berilah peluang kepada orang lain untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan tersebut.


pssst...jadilah seperti pokok padi, makin ia berisi makin ia menunduk

Sekian, terima kasih =)

1 comment:

  1. teruskan penulisan enti, hannan..kak ain sentiasa menyokong anda. Dakwah di mana2 jua..dan jihad itu pun di mana2 & menjdi 1 kewajipan.................:)

    ReplyDelete