Salam
Ramadhan…
Hari2 yang kulalui berlalu sebagaimana
hari-hari biasa…Namun, kebelakangan ini acapkali aku diutarakan dengan
persoalan2 yang sama, tapi dari individu2 yang berbeza...
"Persoalan PURDAH @ NIQAB"
Hmm mungkin kerana sudah ada beberapa muslimat
yang berniqab di kampus, membuatkan
muslimat yang mempunyai keinginan @ memendam rasa untuk berniqab sebelum ini
termotivasi untuk berniqab…
Betapa aku kagum dengan mereka, fatayat2
yang berpendirian dan berani berniqab di kampus walaupun pada hakikatnya
berniqab adalah tidak dibenarkan semasa belajar di sini…
Namun, apa yang membimbangkan aku, sudah
ada tunas2 yang fenomena niqab itu bakal tercetus…aku tidak pernah menghalang
niat baik mereka untuk berniqab, kerana semestinya yang bertutup itu lebih baik.
Malah, aku sendiri pernah disarankan agar berniqab. Namun, aku punya pendirian
dan pandangan yang tersendiri…dan aku tidak meminta agar mereka bersetuju denganku,
namun cukuplah sekadar menghormati pendirian aku
Namun apa yang menggusarkan hatiku ialah niat
mereka untuk berniqab
Apakah semata-mata kerana Allah?
@
Apakah kerana lelaki?
@
Apakah kerana ingin dipuji?
@
Apakah sekadar ingin dilihat sebagai wanita
solehah?
@
Apakah sekadar taklid semata-mata?
Aku akui urusan hati itu adalah urusan
Allah, siapalah aku untuk mempertikaikannya, namun padaku jika ingin beribadah
maka biarlah qasad kita, niat kita hanya semata-mata kerana Allah, barulah
amalan kita menjadi ibadah
Duhai muslimah, mahu menjadi
baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi
motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih baik. Walau
begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar melihat
perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf."
First important priority"..kita pernah sama2 belajar bukan…isu niqab ini
penting, namun
ketahuilah bahawa ada isu yang lebih penting untuk kita
fokuskan.
Lihatlah solat lima waktu
kita. Suruhan wajib keatas kita. Hukum yang bersifat qoti'e…
tidak akan pernah
berubah kewajiban untuk melaksanakan solat 5 waktu hingga tibanya hari kiamat..
Apakah kita telah berusaha mendirikannya diawal waktu? Apakah terhafal sudah
rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba kita hayati
supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu telah difahami maknanya? Dan apakah
solat itu mampu membuatkan diri kita lebih dekat dengan Allah (taqarrub
ilAllah). Berbanding dengan isu niqab yang merupakan isu khilaf, hukumnya
bersifat dhanni,
yang bisa berubah sesuai dengan waqi', keadaan dan situasi
tertentu.
…Namun…
Buat sahabat yang ingin memulakan hijrah
untuk berniqab, aku berbangga denganmu wahai muslimah solehah. Namun, sedikit
pesananku buat kalian, ingatlah apabila kita telah berkeputusan untuk berniqab,
jangan pernah bermain-main, ISTIQAMAH itu penting. Dan realiti yang perlu kita
terima ialah masyarakat mempunyai HIGH EXPECTATION terhadap muslimah yang
berniqab. Kesalahan yang kita lakukan seandainya dilakukan oleh gadis biasa
dilihat kecil, namun jika dilakukan oleh gadis berniqab akan dianggap luar
biasa…suatu realiti yang semestinya memerlukan persediaan rapi..walaupun semua
sedia maklum bahawa fitrah manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan.
Bukanlah niatku untuk menakut2kan kalian, jauh sekali untuk mencantas niat
kalian untuk berniqab. Namun pesan ini dari seorang sahabat untuk
sahabat2nya…ketahuilah bahawa aku senantiasa menyokong kalian.
Sahabat, apabila berniqab akhlak mestilah
dijaga kerna akhlak itu buah amal dan iman. Jangan sesekali biarkan akhlak kita
(I mean akhlak buruk) menjadi fitnah kepada niqab yang kita pakai. Kerna
tempiasnya akan terkena kepada mereka2 yang juga berniqab, yang berpakaian
mengikut syariat. Oleh itu, sarunglah niqab itu kewajahmu dengan ilmu, iman dan
amal, maka ia akan mendorongmu kearah yang lebih baik, kerna kau senantiasa
mengerti matlamatmu hanya semata2 untuk mencapai "MARDHATILLAH".
"Ya Allah jadikanlah kami wanita
solehah, wanita penghuni syurga, yang bisa menjadi sayap kiri dalam perjuangan
Islam, jangan pernah kau jadikan kami penghalang kepada kemenangan Islam,
jadikan kami sebagaimana Aisyah r.a, Asma Abu Bakar, Sumaiyyah, Nusaibah serta
serikandi2 kebanggan Islam…tetapkan hati dan cinta kami semata-mata untukMu ya
Rabbi"